Oleh: haerunisa | Agustus 6, 2008

PeLAJari tanda PErkEmbangan Emosi ANak

Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai harganya. Sejak dilahirkan sehingga dewasa, kita dapat melihat perkembangan mereka sama ada dari segi fizikal dan mental, sentiasa berubah di setiap peringkat umur yang dilalui.

Salah satu perkembangan anak-anak yang perlu diambil perhatian oleh setiap ibu dan bapa ialah perkembangan dari segi emosi. Emosi dikaitkan dengan perasaan iaitu suatu aspek penting dalam kehidupan seseorang sama ada positif atau negatif. Umumnya bayi yang dilahirkan memiliki emosi yang berbeza-beza. Penting bagi setiap ibu dan bapa mempelajari dan memahami emosi anak-anak supaya proses mendidik mereka akan menjadi lebih mudah dan berada di landasan yang betul.

Jenis-jenis emosi kanak-kanak:
Gembira
Membantu kanak-kanak atau remaja berfikir bagaimana melahirkan rasa seronok dan menggalakkan mereka bercakap mengenai sesuatu yang mereka sukai

Marah
Membantu mencari jalan bagaimana menghadapi halangan untuk mendapat sesuatu yang dicitakan dan mengenal erti kesabaran, belajar melahirkan perasaan geram dalam bentuk yang bersesuaian dan mencari jalan penyelesaian

Takut
Rasa terancam, suatu motivasi ingin memastikan keselamatan diri dari aspek fizikal dan psikologi. Merangsang kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan takutnya mencari jaminan mendapat ketenangan dan ketenteraman.

Sedih
Kehilangan, tidak mendapat apa yang dikehendaki menjadikan kanak-kanak berusaha lebih mendapat apa yang dicita, mencurah perasaan dan berfikir bagaimana mengatasi rasa sedih.

Geli
Selalunya dikaitkan dengan makanan, bau dan pandangan, suatu yang semulajadi menjadikan seseorang kanak-kanak berhati-hati agar tidak ‘terkena’ apa yang beliau geli. Perasaan ini perlu dihormati dan bantu mereka mencari sebab mengapa mereka berperasaan begitu.

Cemas
Asalkan tidak keterlaluan, sebenarnya ia membantu kanak-kanak berusaha mengambil langkah mengelak diri dari menghadapi masalah, belajar menahan perasaan bimbang dan bertindak proaktif untuk menunjukkan sesuatu yang terbaik.

Malu
Menjadikan kanak-kanak menyedari kepentingan perilaku yang baik dan mengelak daripada melakukan sesuatu yang dikatakan memalukan. Ini membantu mereka mengawal tingkah laku mereka sendiri.

Rasa bersalah
Wujud bila kanak-kanak melakukan sesuatu yang dianggap ‘keluar’ dari ‘standard’ tingkah laku yang baik. Si kecil akan berusaha untuk tidak dianggap bersalah dengan berakhlak sebaik mungkin dan sekiranya kesalahan tetap atau sudah dilakukan, perasaan ini merangsang kanak-kanak meluahkan perasaan dan menyedari agar berusaha untuk tidak mengulangi pada waktu yang lain.

Rasa bangga
Tercetus bila seseorang kanak-kanak terasa dihormati/dihargai oleh orang lain atau bila ia mencapai apa yang diharapkan seperti merangsang mereka meluahkan apa yang membuatkan mereka merasa bangga dan memberi peluang berkongsi rasa bangga, puas dan gembira.

Perkembangan emosi mengikut umur:
Awal emosi (0 – 15 bulan)
– Emosi asas (positif dan negatif) berkembang secara ‘gradual’ terutama dalam tempoh enam bulan pertama dan selalunya ditonjolkan menerusi memek muka dan ‘eye contact':

* Gembira/seronok – senyum, pipi terangkat, mata berbentuk bulan sabit. Contoh; bila diagah.
* Terkejut – angkat kening, mulut terbuka luas, bulatkan mata. Contoh; berhenti menangis bila dengar bunyi muzik atau suara jeritan
* Minat – merenung, mengerutkan kening dan bibir. Contoh; merenung wajah ibu, melihat persekitaran.
* Marah – mengerut dan memasamkan muka, kening turun naik, mata tajam. Contoh; ‘mengamuk’ bila mengantuk atau lapar, bila objek dirampas daripada tangan.
* Sedih – muka masam dan layu, dagu tertolak ke hadapan. Contoh; ditinggalkan ibu.
* Geli – berkerut kening, jelir lidah. Contoh; menolak jenis makanan tertentu, menangis bila buang air.

- Bayi antara 3-8 minggu sudah boleh tersenyum (perkembangan awal emosi positif)

- Bayi 12-20 minggu akan senyum pada wajah dan suara yang dikenali, senyum bila merasakan persekitaran dikuasai, mula ketawa.

-Enam bulan pertama bayi masih belum mempunyai rasa sayang/kasih pada sesuatu atau seseorang. Perasaan kasih mula terbentuk ketika usia antara 7-9 bulan; melalui hubungan ikatan kasih sayang, sentuhan, belaian dengan orang yang paling hampir seperti ibu dan bapa. Menunjukkan rasa tidak senang/takut dengan kehadiran ‘orang asing’.

Anak tatih (16-36 bulan)

- Emosi turun naik seperti ‘roller coaster’

- Usia 2 tahun; sudah tahu menunjukkan emosi dan emosi yang ditunjukkan memang disengajakan (tidak ragu-ragu untuk melakukannya)

- Mahu bebas tetapi tidak mahu ditinggalkan bersendirian; rasa diri ‘sudah besar’ tetapi mahu dibelai.

- ‘Reject syndrome'; dalaman kanak-kanak bukan ‘menentang’ ibu bapa.

- ‘Temper tantrum'; tidak mampu meluahkan perasaan sepenuhnya dalam bentuk perkataan/verbal.

- Berbagai bentuk perasaan takut; bunyi bising, suara binatang, bilik gelap, ‘hilang’ ibu bapa, perubahan persekitaran dan sebagainya (takut pada apa saja yang dianggap bahaya).

Anak prasekolah (3-6 tahun)

- Usia 3-4 tahun sudah boleh memahami perkaitan antara emosi dan persekitaran (sebab yang mempengaruhi emosi).

- Mula belajar mengawal emosi yang turun naik.

- Pemahaman terhadap emosi orang lain terbatas hanya kepada emosi yang ditunjukkan melalui memek muka.

- Perasaan takut yang terbentuk berkait dengan imaginasi dan khayalan beserta perkembangan daya kreativiti dan pemikiran abstrak. Contoh; takut hantu atau takut jatuh.

- Lebih berdikari, kurang ‘physical contact’ dengan ibu bapa.

- Lebih banyak bercakap untuk mencurah perasaan/menangani perasaan.

Usia pertengahan (7-14 tahun)

- Sudah pandai menyembunyikan emosi yang negatif dengan berpura-pura menunjukkan keseronokan.

- Sudah mula memahami dan menghurai emosi yang kompleks; perasaan malu, rasa bersalah, rasa bangga dan cemburu.

- Perasaan takut mula berkembang kepada yang lebih realistik; takut sekolah, takut berkomunikasi, takut kejadian jenayah.

- Mahu disayangi tetapi bukan ditonjolkan depan ramai.

- Amat memerlukan bantuan mengenalpasti emosi marah agar tidak ‘out of control'; belajar mengawal perasaan.

- Perlu perhatian dan dorongan mengatasi rasa takut.

About these ads

Responses

  1. Ijin copy mbak buat persiapan

  2. salam.. mintak sikit ye….dah pening nak tulis ape…

  3. i like this articles. helpful for me…………..


Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Kategori

Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: